INFO KAMI

MYSTP (Sistem Tawaran Pelantikan )

Sistem ini memudahkan calon memberi maklumbalas samada menerima atau menolak pelantikan jawatan ke dalam sektor awam. Dengan adanya sistem ini, Calon tidak perlu lagi menghantar borang jawapan pelantikan kepada SPA sekiranya menerima tawaran pelantikan yang ditawarkan dan Calon boleh memasuki sistem dalam tempoh 21 hari dari tarikh dipaparkan serta mencetak surat tawaran sekiranya menerima tawaran lantikan. Selain itu, sistem ini ditambah baik dengan menambahkan satu lagi sistem bagi Agensi untuk memantau senarai tawaran yang telah dibuat bagi tempoh setahun kebelakang hingga ke tahun terkini.

Sistem ini juga dilengkapi dengan penjanaan statistik mengikut nombor pemerolehan, jawatan dan tahun bagi memudahkan urusetia mendapatkan laporan dengan mudah dan tepat.Dibangunkan secara In House oleh Bahagian Digital dan Informatik (DG) SPA dan ditambahbaik bagi menghasilkan Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP).